Saturday, September 8, 2012

Buka Mata Hati

Assalamualaikum pembaca sekalian. dah jawab salam ker belum? hihi ;) *Terus baca, jangan stop-stop*

Tadi Mamy (panggilan utk mamaku hehe) minta carikan uban (rambut putih). saya memang handal cari & cabut uban. hahaha!
sedang dalam pencarian uban mamy tu, tiba-tiba saya sedar yang uban mama makin banyak. makin banyak berbanding dulu. rasa sayu pula. umur mama semakin meningkat. macam-macam saya bayangkan time tengah cabut uban mama satu-persatu. kita sering mengeluh mengenai betapa lambatnya esok hari datang menyapa. dan bila kita sudah tiba di penghujung waktu, baru tersedar :"ehh, cepat masa berlalu kan? bulan Januari dah jadi September pula."

Sepanjang saya bernafas dari dahulu hingg sekarang, sudahkah saya capai impian saya? adakah saya telah melakukan perkara-perkara yang berfaedah? macam-macam persoalan timbul tapi tak terjawab. terlalu fokus cari uban mamy. hahah!

bila difikirkan kembali, memang ada benda-benda baik saya dah buat tau, wahai pembaca ! kan saya dah pakai tudung sekarang. before this , saya tak pernah tau berhijab. bila saya start pakai tudung ni (27 Ogos 2012), saya tak rasa bersalah terhadap diri saya sendiri. keyakinan diri meninggi. biar orang cakap muka saya tak sesuai pkai tudung, yang penting , ikhlas :)
sebenarnya banyak benda baik saya dah buat, tapi entahlah tak dapat ingat sekarang. hua-hua-hua!

Mamy, nanti kalau sudah habis study STPM, saya sambung degree okay. tengoklah sejauh mana study nanti. dan bila dah tamat pengajian pastu graduate, saya nak ada karier! bila ada karier, ada lah duit. hehe! bila dh ada duit sendiri, saya nak sara Dady & Mamy. kan Mamy penat bekerja untuk anak-anak. mestilah saya nak balas budi, haram jadi anak derhaka . walaupun saya dah kahwin dengan Mohd Arif Tajul nanti (amin..) , saya tetap akan jaga mamy ya. i love you! :-*

credit : Google Image

♥ Love, Autumn Zira ♥

No comments:

Post a Comment

 
Alright reserved by Azirah Jaini.