Sunday, September 23, 2012

Sains Sukan STPM


(b) menjelaskan amaun, bentuk, dan pemasaan ( timing ) pengambilan makanan sebelum, semasa, dan selepas sukan berbentuk aerobik.

Sebelum
Semasa
Selepas
-memastikan glikogen tubuh berada padatahap optimum bagi keperluan latihan dan melambatkan kelesuan

Pemasaan :Diambil antara 2 – 4 jam sebelum latihan ataubertanding

Amaun : Pengambilan karbohidrat antara 200 – 300 gram ,Protein pada kadar sederhana

Bentuk : Makanan jenis yang mudah hadam dan tidakmengganggu gastrousus, makanan berkarbohidrat diambil sebagai ganti jika tidak mengambil makanan sebelum latihan atau bertanding .

-Pengambilan karbohidrat adalah sebagai pelengkap simpanan karbohidrat kepada otot yang bekerja
-turut membantu dalam pengekalan tahap glukosa darah

Pemasaan:  15-20 minit selepas pertandingan bermula / setiap jam

Amaun : 30 – 60 gram bagi setiap jam

Bentuk: mengambil minuman untuk sukan kerana dapat membekalkan karbohidrat dan cecair pada masa yang sama
-Pengambilan karbohidrat bertujuan memenuhkan semula simpanan glikogen otot 
-Pengambilan makanan secara optimum membantu atlit melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan sumber tenaga yang disimpan di dalam tubuh


Pemasaan: Selewat-lewatnya 2 jam selepas tamat pertandingan

Bentuk :Atlet tidak perlu mengambil suplemen vitamin atau mineral yang banyak pada ketika ini.Atlet digalakkan makan makanan yang seimbang pada masa yang teratur.




#hasil kerja untuk pembentangan pemakanan sukan. actually ada banyak lagi. tapi malas nak showoff kat korang. okay gurau je tau hihi! ;)


♥ Love, Autumn Zira ♥

1 comment:

 
Alright reserved by Azirah Jaini.