Friday, October 12, 2012

Bulan Terbelah Dua - Mukjizat Itu Benar



Allah s.w.t berfirman, "Telah hampir saat , dan terbelahlah bulan," (Surah al-Qamar: ayat 1)
'saat yang dimaksudkan ialah 'kedatangan hari kiamat'


Prof. Dr. Zaghlul al-Najar

Dr. Zaghlul bercerita kisah Rasulullah membelah bulan. kisah itu berlaku sebelum hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah.

Orang-orang musyrik mengejek dan mengolok-olok baginda :" Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang dapat membuktikan kenabian dan kerasulanmu?"

Rasulullah menanya :"Apa yang kamu nak?"

Mereka mencabar baginda :"Cuba belah bulan!"

Rasulullah pun berdiri lalu berdoa kepada Allah agar menolongnya. Allah memerintahkan Nabi Muhammd agar mengarahkan jari telunjuknya ke arah bulan. Maka, Rasulullah pun menurutinya dan bulan benar-benar terbelah dua!

"Muhammad! Engkau benar-benar telah menyihir kami!" jawab orang-orang musyrik Quraisy itu, tetap menolaknya.
Tetapi, para ahli fikir di kalangan mereka mengatakan, sihir memang boleh berlaku kepada orang yang berada di kelilingnya, tetapi orang yang tidak berada di kawasan tersebut tidak akan terkena kesan sihir. Lalu, orang-orang musyrik Quraisy bergegas keluar menuju ke arah sempadan kota Mekah untuk menanti orang yang baru pulang dari perjalanan jauh. Bila datang rombongan kabilah pertama,mereka bertanya , :"Apakah kamu lihat sesuatu yang aneh pada bulan?"

"Ya, memang ada! Kami lihat bulan terbelah menjadi dua dan saling berjauhan,kemudian bersatu kembali.." jawab mereka. Akhirnya, sebahagian daripada mereka pun beriman, sedangkan yang lainnya tetap juga kafir.

Oleh kerana itu, Allah s.w.t menurunkan ayat-Nya, "Telah hampir saat dan terbelahlah bulan. Ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata, 'ini adalah sihir yang terus-menerus,' dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap..." terjemah Dr. Zaghlul sampai akhir surah al-Qamar.

"Ini adalah kisah benar!" jelas Prof. Dr Zaghlul al-Najar setelah selesai bercerita tentang ayat dan hadis tersebut mengenai bulan terbelah dua.




Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu, bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan setelah melihat gambar-gambar yang telah dirakam oleh satelit dan teleskop menunjukkn terdapat garisan rekahan panjang pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkawasannya utk melakukan kajian terperinci tentang garisan ini. 

Setelah membuat kesimpulan, bulan pernah terbelah dua. setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka apabila mereka diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini diceritakan dalam Al-Quran.

memang ada juga hadis sahih yang meriwayatkan peristiwa bulan terbelah dua pada masa Rasulullah s.a.w. 

Hadis daripada Anas ra. : 'Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah s.a.w untuk memperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian) , maka Rasulullah s.a.w memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali.

Hadis daripada Ibnu Abbas ra : 'Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman  Rasulullah s.a.w ..'

p/s : cerita ini tiada dalam lagenda di Amerika, Eropah atau mana2 kawasan Barat sebab tempat diorang kat siang, manalah nak nampak bulan terbelah dua :)



Tambahan : 
Mungkin gambar2 garisan kat bulan sukar untuk korang percaya, tapi bagi umat Islam, ayat2 dalam Al-Quran harus dipegang dan dipercayai. ditambah lagi dengan hadis sahih yang menyatakan sedemkian. Walaupun tiada bukti yang seperti korang nak, tapi jangan sebab itu keimanan kita perlu dikurangkan. Allah Maha Berkuasa untuk membelah bulan, berkuasa untuk membelah dan menyatukannya kembali, dengan bekas ataupun tiada. semuanya mudah bagi Allah s.w.t . Allahu Akbar.

#Semua sumber datang dari Mastika & Google okay. saja saya nak share2 ngan korang ilmu2 yang bermanfaat :)) hihi! sorry dan sila betulkan kalau ada silap kat mana2 ya :)




♥ Love, Autumn Zira ♥

No comments:

Post a Comment

 
Alright reserved by Azirah Jaini.