Saturday, October 6, 2012

Misteri Patung Kepala Besar - Pulau Easter


Pulau Easter (Easter Island) terletak di Lautan Pasifik & lebih kurang 3,600 KM dari Coast of Chile. Pulau Easter dipercayai antara pulau yang terpencil di dunia.

Saya baru saja baca tentang Misteri Easter Island di majalah Mastika.Macam syok pula benda ni. Jadi saya sekarang nak share2 ngan korang. info2 dan gambar2 yg ada, semua Encik Google yang bagi 'pinjam' hihi!



Pulau Easter yang berbukit kecil, tidak berpokok dan terbentuk daripada gunung berapi yang telah 'mati' mempunyai misteri tersendiri. patung-patung menyerupai bentuk kepala dan didirikan menghala ke lautan luas Pasifik. dalam dunia sains dan sejarah, ia juga dikenali sebagai Patung Moai.

Patung2 batu ini mempunyai ketinggian purata 460 cm dan seberat 14,000 KG. ada juga yang tingginya 1,000 cm dan berat anggar2 80,000 KG ! @.@ wow gila okay.
patung batu  Moai ni beratnya yang berpuluh2 kilogram tidak boleh diangkat walaupun dengan bantuan seramai 100 manusia.


Maybe puak purba kala di Pulau Easter ni mempunyai teknologi canggih? ataupun terdapat pertolongan dari makhluk asing dengn menggunakan teknologi anti graviti? semua ni hanya teori, belum ada siapa2 yg tahu. dah nama pun MISTERI,

jom ambil tau tentang latar belakang Pulau Easter dan penduduk asal pulau ini.

Pulau Easter dipercayai mula didiami seramai 100 orang yang mungkin hilang arah di lautan pasifik. pada masa itu, Pulau Easter kaya dengan flora dan fauna, ikan, burung dan sumber makanan. dngan sumber2 yg ada,pendatang2 ni mula menambahkan bilangan populasi mereka. bilangan pendatang baru ni bertambah dengan pesat sehingga ia kaya dengan budaya artistik dan keagamaan. tetapi, sumber yg ada itu tidak menampung bilangan populasi di kepulauan tersebut. then mulalah kemerosotan sumber semula jadi di Pulau Easter.

Menurut pakar arkeologi dan geologi (heishh saya nak sgt jadi geologist T.T ), pembalakan secara berleluasa tlh mengakibatkan kepupusan sumber pokok hutan dalam msa kurang 800 tahun saja. kayu2 ni digunakan untuk membina rumah, sumber bahan api dan sampan. mungkin juga dijadikan sebagai roda untuk mengangkut patung2 Moai ni?

Menjelang tahun 1400, seluruh hutan belukar pulau itu habis ditebang sehingga botak! sumber air perigi dan mata air juga kering kontang. oleh sebab kekurangan sumber makanan, penduduk2 pulau ni mula mengalami perubahan drastik! terdapat juga bukti menunjukkan peninggalan tulang-tuang manusia dipercayai akibat kelaparan, mereka mula memakan daging sesama sendiri @ Kanibalisme!

Nama asal pulau Ester ialah Te Pito o Te Henua , yang bermaksud 'Pusat Dunia'.
Namun apabila peneroka Eropah pertama menjelajahi pulau ini, Captain Jacob Roggeveen dari Belanda pada hari 'Easter Sunday' , 5 April 1722, ia kemudian dikenali sebagai Easter Island.

Sejak penemuan pertama Pulau Easter oleh pengembara pada tahun 1722, ramai pakar arkeologi, sejarah, biologi dan geologi telah mengkaji patung2 batu tersebut.
Antara TEORI yang ditampilkan untuk menjawab persoalan bagaimana patung ini ialah 'teknologi anti-graviti yang dipinjam dari makhluk asing" . seterusnya, teori ini mengandaikan "Oleh kerana Pulau Easter ini terpencil, mungkinkah manusia2 dari negara lain 'diambil' dan diturukan di Pulau Easter untuk memulakan tamadun baru?" maka "batu patung gergasi ini dibangunkn sebagai patung berhala untuk tujuan penyembahan kepada makhluk tersebut?"

TEORI yang kedua ialah, menurut pkar arkeologi dan pakar sejarah, patung ini dibina sebagai simbol kemegahan puak2 tertentu. ini terbukti terdapat perbezaan dari segi bentuk dan saiz di antara patung Moai yang ditemui di seluruh kepulauan ini.


namun , teori makhluk asing boleh disangkal. tidak ada sebarang bukti, tiada satu pun yang menunjukkan kewujudan kapal angkasa menerusi ukiran2 batu Pulau Easter.



kalau bukan kerja makhluk asing, so macam mana pula batu2 tu boleh didirikan? time tengah skodeng2 Google, saya ternampak lah satu video macam mana tenaga manusia sendiri boleh mengerakan dan mendirikan batupatung yang besar tu! so kalau korang nak tengok, silakan. jangan risau, durasi video tu tak lama, 43 saat saja :) (youtube okay XD )
dan sekali lagi, video tu juga berdasarkan teori sahaja. cara betul2 bagaimana penduduk2 asal pulau tu, masih tidak diketahui :)


kalau guna teori 'gelongsor guna lereng bukit' pun agak susah juga. silap2 batu tu tergolek2, muka batu tu hempap kat tanah. hahaha! :D


yang best tentang Patung2 Moai ialah pada waktu malam!  cantik! well gambar2 ni semua ambik dari Google Image , hihi!


Easter Island under Milky Way



Kalau suka, klik 'Like' ;) muahaha!

♥ Love, Autumn Zira ♥

1 comment:

 
Alright reserved by Azirah Jaini.