Thursday, November 8, 2012

Blogger Baik Hati?

Siapa blogger yang baik hati kat sini? *jeling-jeling*

you all lah! hihi! Ni manusia bernama Amy Viverlyn ni, bestfriend! :3 Budak tu baru je terjebak dalam dunia blog. kan korang tengah blogwalking ni, so korang pun blogwalking la blog si Amy Viverlyn tau - alang2 follow sekali! dah korang pun blogger baik hati! *bodek sangat hahaha*

#sorry entry pendek, saja nak promote blog si kawan. itu gunanya bestfriend kan! ;)
Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat! >:)




♥ Love, Autumn Zira ♥

Wednesday, November 7, 2012

Kawan Baik Tiada Ganti ♥



Youuuuu!

So just now terlintas kat fikiran saya nak stalk blog si kawan. Mulanya plan nak tengok perkembangan blogging si dia. si dia ni biar saya namakan sebagai 'Mya' (bukan nama sebenar tapi ada kesinambunganya, hahah!)

Entry Mya pada 4 Okt 2012 touching sangat-sangat! :'( Mya cakap pasal kawan baik kat sekolahnya. terdetik di hati , 'Sayakah orang yang kau maksudkan ni?" Kalaulah saya tidak terfikir nak stalk blog kau kan, tidak saya sangka kau ada something yang terpendam di dalam hati pasal saya. seriously sorry! sorry !
 :(
saya teruskan baca entry kau.
okay teary sudah saya. maybe kita ni terlampau bestfriend sudah sampai rasa teraga-agak nak luah face to face kan? it's okay, kita dua ni memang terer pasal ayat2 ba. so biarlah saya pun meluahkan apa yang terbuku dalam hati kecil ini :')

kau tidak ada buat salah, kau tiada silap cakap dan saya tidak lupa kau. seramai mana pun kawan baru, TAPI KAWAN YANG BETUL2 RAPAT & knows everything mana mau cari? kau la ba! sama yang dua ekor kat Matrix tu sekarang dengan seekor lagi makhluk Tuhan yg suka warna hijau! hahaha! Heyy you, walaupun saya diam begini kan, saya rindu juga kau! tapi satu benda yang memang saya tidak dapat hilangkan dari diri ni kan, sikap pendiam saya (pendiam kerrrr? hahaha!) Saya sedar memang kurang sudah communication kita, tapi kan , saya tidak berhenti observe kau gia. tetap juga si laki kau update apa2 pasal kau sama saya. tidak juga saya ketinggalan apa2 pasal hidup kau. :(

Jangan kasih sia-sia si Gopi kama. nahh koto saya expose di sini. hahaha!

Bebeh, kau tidak perlu 'bubut' saya, i will come to you whenever wherever i have the chances to do so. avoid dari kau? tidak pernah saya mahu buat something like that. Time PA or MUET, its okay darlin, let him sit next to you okay :D no hard feeling tau ! (lagipun ramai student dalam kelas kamu, susah saya mahu himpit2 sama kau hahaha! )

jadi kan, jangan kau sedih okay. serius ni, anytime anywhere kalau ada kesempatan, saya datang sama kau. time tu, kalau ada cerita baru, ba apa lagi. hehee!

#jiwang ka saya? bahaha silaka. di sini saja ni sia berjiwang, dpn2 ko, after-life la kali. :P
Be strong! I love you deep from my heart and both of my lungs! I wish you all the best now and future! 

Form 6 memang susah. tapi kan, di dunia 
tiada yang senang kalau tiada usaha! :D





♥ Love, Autumn Zira ♥

Sunday, November 4, 2012

Button FOLLOW / DASHBOARD Lawa-Lawa Tak Boleh Pakai

Suspen dan kejam sangat entry kali ni kan? tapi ni memang kenyataanya! BEFORE THIS, saya pernah baca kat blog someone , pasal button follow/dashboard ala2 Tumblr tu takboleh pakai dah bila anda telah follow lebih 300+ blog.
alkisah, saya tengah blogwalking blog2 korang, so bila rasa nak follow tu, saya klik la kat button follow ala2 tumblr tu, dah sah2 tak dapat. nak cari button 'Join This Site' kat blog korang pun, korang tak letak, so tak dapat follow korang :(

So bagi kitorang yang dah follow beratus-ratus blog, dah menjadi satu kesusahan bila tidak tersedia button 'Join This Site'. so minta korang2 blog glamour tu, kalau masih nak up-kan jumlah follower follower korang, sila letak button 'Join This Site' yer :)




INGAT, Button 'Join This Site" ni je boleh dipakai
dan tak ada had limit :)
.
.
.


Contoh-contoh Button yang tak boleh dipakai setelah kitorang follow lebih 300+ blogs : 









#dan pelbagai lagi design lain, haihh :(
sorry yer, screenshot kat atas nie 
terpaksa saya guna sebagai contoh.
bukan maksud nak humiliate sesape okay :(

SEBENARNYA, kalau korang nak letak button follow/dashboard yang lawa2 tu takpe, YANG PENTING, mesti ada box 'Join This Site" ! kalau tak, susah tau kitorang nak follow blog yang kiut-miut tu :(

Saya nak minta maaf kat sesapa yang terasa hati dengan entry ni tau. Untuk pengetahuan dan kebaikan kita sebagai blogger juga kan :D Seriously forgive me jika terkasar bahasa. moga maju jaya! hee! sekian :)



♥ Love, Autumn Zira ♥

Friday, November 2, 2012

Kucing SEBENARNYA . . ! Eh Korang Tak Tau Lagi?




ini kucing saya, fakta ttg dia ni, 
suka sangat duduk atas buku! XD

jom baca satu-persatu fakta tentang kucing yang mungkin korang belum tau! :D

  •  Kucing itu noktural : kurang aktif pada waktu siang manakala aktif pada waktu malam. setiap malam ada je saya dengar kucing jantan oren ku tu berlari2 kat bumbung. kejar makanan kot?
  • Karnivor : menu utama ialah daging. jangan memandai nak bawang pula.
  • coklat menjdi racun bagi kucing ( kerana memiliki theobromine)
  • Asprin boleh membawa maut kepada kucing ( hati kucing tidak mampu menghasilkan enzim untuk metaboslime aspirin)
  • kucing boleh kembali ke rumah meskipun dibuang beberapa kilometer dari rumah. kalau tak pulang2 tu, kot2 dah dipelihara dan mendapat kasih sayang dari insan lain ATAU mati :(
  • di zaman Mesir Kuno, sesiapa yang membunuh kucing akan dijatuhkan hukuman bunuh.
  • kucing mempunyai memori yang baik berbanding orang utan, monyet dan anjing.
  • kucing tidak berpeluh.
  • kucing boleh mendengar frekuensi bunyi sehingga 65 kHz.
  • semua kucing lahir dengan mata berwarna biru.
ini kucing Google yer :)

  • seekor kucing memiliki sejumlah 230 tulang manakala tubuh manusia hanya mempunyai 206 tulang.
  • seekor kucing betina boleh hamil selama 58-65 hari.
  • kucing menggosokan badannya di kaki atau mana2 anggota badan untuk menandakan baunya dan mengisytiharkan kita sebagai pemiliknya , selain daripada meminta untuk dibelai atau makan :)
  • kucing memakan rumput untuk membaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan bulu-bulu yang tertelan. -- ni setiap pagi saya nampak si kucing pergi meragut rumput2 tu, ingatkan buang tabiat apa hahaha

oh-nom-nom-nom!
  • kalau kucing tidur kat bilik air, kemungkinan kucing itu sakit
  • lidah kucing tidak dapat merasa , maka nafsu makan dipengaruhi oleh bau makanan -- sebab tu lah diorang hidu2 makanan tu dulu
  • kucing boleh tidur sehingga 14 jam sehari!
  • kucing mampu selamat walaupun terjatuh dari tingkat 30. TAPI SILA JANGAN BUANG KUCING KORANG DARI TEMPAT TINGGI, sape tau takdir Tuhan, mati kucing korang tu :( jangan tau!
  • rahang kucing tidak boleh bergerak ke kiri dan kanan.
  • kucing menggunakan misai diorang untuk mengukur laluan yang hendak dilalui. jangan potong misai kucing korang! kesian tau! :(
kucing milik Google :)

Sekian saja cerita kucing hari ni! SILA KLIK LIKE KALAU SUKA ;)
kbaii!
sumber-sumber asal dari Google tau :)


♥ Love, Autumn Zira ♥

 
Alright reserved by Azirah Jaini.