Friday, November 2, 2012

Kucing SEBENARNYA . . ! Eh Korang Tak Tau Lagi?




ini kucing saya, fakta ttg dia ni, 
suka sangat duduk atas buku! XD

jom baca satu-persatu fakta tentang kucing yang mungkin korang belum tau! :D

  •  Kucing itu noktural : kurang aktif pada waktu siang manakala aktif pada waktu malam. setiap malam ada je saya dengar kucing jantan oren ku tu berlari2 kat bumbung. kejar makanan kot?
  • Karnivor : menu utama ialah daging. jangan memandai nak bawang pula.
  • coklat menjdi racun bagi kucing ( kerana memiliki theobromine)
  • Asprin boleh membawa maut kepada kucing ( hati kucing tidak mampu menghasilkan enzim untuk metaboslime aspirin)
  • kucing boleh kembali ke rumah meskipun dibuang beberapa kilometer dari rumah. kalau tak pulang2 tu, kot2 dah dipelihara dan mendapat kasih sayang dari insan lain ATAU mati :(
  • di zaman Mesir Kuno, sesiapa yang membunuh kucing akan dijatuhkan hukuman bunuh.
  • kucing mempunyai memori yang baik berbanding orang utan, monyet dan anjing.
  • kucing tidak berpeluh.
  • kucing boleh mendengar frekuensi bunyi sehingga 65 kHz.
  • semua kucing lahir dengan mata berwarna biru.
ini kucing Google yer :)

  • seekor kucing memiliki sejumlah 230 tulang manakala tubuh manusia hanya mempunyai 206 tulang.
  • seekor kucing betina boleh hamil selama 58-65 hari.
  • kucing menggosokan badannya di kaki atau mana2 anggota badan untuk menandakan baunya dan mengisytiharkan kita sebagai pemiliknya , selain daripada meminta untuk dibelai atau makan :)
  • kucing memakan rumput untuk membaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan bulu-bulu yang tertelan. -- ni setiap pagi saya nampak si kucing pergi meragut rumput2 tu, ingatkan buang tabiat apa hahaha

oh-nom-nom-nom!
  • kalau kucing tidur kat bilik air, kemungkinan kucing itu sakit
  • lidah kucing tidak dapat merasa , maka nafsu makan dipengaruhi oleh bau makanan -- sebab tu lah diorang hidu2 makanan tu dulu
  • kucing boleh tidur sehingga 14 jam sehari!
  • kucing mampu selamat walaupun terjatuh dari tingkat 30. TAPI SILA JANGAN BUANG KUCING KORANG DARI TEMPAT TINGGI, sape tau takdir Tuhan, mati kucing korang tu :( jangan tau!
  • rahang kucing tidak boleh bergerak ke kiri dan kanan.
  • kucing menggunakan misai diorang untuk mengukur laluan yang hendak dilalui. jangan potong misai kucing korang! kesian tau! :(
kucing milik Google :)

Sekian saja cerita kucing hari ni! SILA KLIK LIKE KALAU SUKA ;)
kbaii!
sumber-sumber asal dari Google tau :)


♥ Love, Autumn Zira ♥

2 comments:

 
Alright reserved by Azirah Jaini.