Monday, February 2, 2015

Pelatih Penolong Pegawai Farmasi

Haiii y'all! As you know (sila baca INI ) , saya seorang pelatih penolong pegawai farmasi (PPF) . Maksud pelatih kat sini ialah sy masih sedang belajar, tamat latihan Julai 2017 ( lama lagi.....). Nak tau skop tugas PPF ni, cari je sendiri kat Google ea. kuang3.

Actually tujuan entry kali ni , saya nak share kat you all cara sy study subjek2 untuk Diploma Farmasi ni. Sy sekarang baru masuk semester 2 dan of course subjeknya lebih susah dari semester 1.

Semester 2 ni ada subjek killer ( dan yang terpenting ) iaitu Farmakologi. semua penting tapi Farmako ni makanan ruji PPF kahkah. ada juga subjek lain seperti Farmaseutik, Kimia Organik, Sains Tingkah Laku dan yang sewaktu dengannya. Sooo nak dipendekkan cerita, subjek Farmako ni mostly pasal ubat-ubat yang digunakan untuk merawat certain diseases. Penyakit dahlah beribu, ubat-ubatan pula mestilah lagi berganda ribu. Nampak tak masalah kitorang di situ?

Saya suka subjek Farmakologi ni. Serious talk! Semester lalu saya study last minute dan akhirnya result pun cukup makan je. Syukur alhamdulillah naik sem. Semester ni saya dah taknak study lambat. Cara saya study Farmakologi ni, saya sediakan satu buku memang khas untuk ubat-ubat yang kitorang study dalam sem 2. Tak payahlah nak advance sangat study ubat lain dulu, nanti tak pasal-pasal stress.

Nota ubat-ubat

Nota untuk ubat jangan depends sangat kat lecturer. Alternatively saya lepak kat library dan rujuk drugs book , tambah nota sendiri. Kalau kat bilik, saya online je kat google. Kelas kitorang belum beli BNF lagi dan benda tu memang mahal. kahkah. But baru-baru Cii MA bagi pinjam benda alah kat bawah ni (utk sementara waktu je cinggg)

thanks Cii MA! :D *emoji pmpuan baju 
pink angkat dua2 tangan*


kalau p library mesti cari yg ini!
favorite gitew <3

Time posting semester 1, saya tanya kat staff farmasi di klinik " Kak, macam mana akak boleh hafal nama setiap ubat dan kegunaannya? banyak gileee ehe" so akak tu bagitau la kitorang yang kita kena menghadap benda alah ni setiap hari sampai naik basi haha! So kalau nak pass exam, sila baca nota kita selalu dan sentiasa cingggg. Apa ubat untuk utk chronic diarrhea? Senang, je ; Mesalamine, sulfasalazine , prednisolone. Tengok , takyah nak balik2 refer nota sebab sy da hafal. Pandai kan sy? (hm riak nak mampuih) okay ni je la sharing2 utk hari ni. I hope you all gain some benefits from this entry hee :*

Bai!
♥ Love, Autumn Zira ♥

3 comments:

  1. All the best!

    Dulu sis pun minat sambung pharmacy tapi terlanjur kos lain but still health related juga. Hihihi...

    ;)

    ReplyDelete
  2. Sis boleh post tentang course yang ade dalam program ni? And mcm mana perjalanan program ni ye? Satu semester brapa bulan?

    ReplyDelete

 
Alright reserved by Azirah Jaini.