Friday, May 29, 2015

Bonda Bedah dan Mak Temah

Pernah dengar tak nama ni "Bonda Bedah dan Mak Temah!" ? Haaaaaa. BB dan MT ni sebenarnya makcikss hot dari Singapore. EH, makciks ke? Sebenarnya diorang lelaki, kat identification card pun lelaki, struktur badan pun menunjukkan yang diorang ni lelaki. Kenapa diorang dressing macam makciks pula ni? Alah, biasalah youtubers kan. Dalam dunia nyata,  mereka berdua ni merupakan sahabat; Hafidz Abdul Rahman &  Zuhairi Mohd Idris. Videos diorang mostly pasal kehidupan seharian, atau diorang kadang-kadang buat parody. Lebih info boleh tekan kat sini Bonda Bedah & Mak Temah . Haihhhh, even result exam korang dapat 2.09 sekali pun, korang layan je video BB & MT ni, dijamin ketawa sampai kecut paru-paru. 
Salah satu video dari channel SGAG atau Lepak One Korner

Eh lawaklah!


Ramadan special!

Spoiler alerts : Video diorang boleh buat you all sentap! kalau tak sentap, geli hati kot tengok kegedikan makciks berdua ni. Haihhh. I loike!

♥ Love, Autumn Zira ♥

Thursday, May 28, 2015

The Things About Blog

hooman. wai.
Korang masih ingat tak mula-mula start main blog ni? Mesti entry yang korang post time tu nampak macam merapu je atau agak, kong, kan? Atau mungkin dulu, design blog korang agak kaku dan suram? Maybe terasa sedih tengok followers ciput je, tak macam blog mewah yang lain beribu-ribu followers.
Saya terfikir ' kenapa saya ada blog ni? nak buat ape? ' . Kembali ke tahun 2010, mungkin time tu inspirasi untuk buat blog melimpah ruah kot tapi sekarang saya dah tak ingat apa yang menjadi dorongan saya utk terjebak dalam dunia blog ni. Tup-tup dah macam ni, saya "wujudkan" dorongan yang barulah! Dorongan macam mana? Dorongan nak jadi blogger yang memberi manfaat untuk orang lain. Dorongan nak membina silahturahim dengan orang lain secara online, dan.. okay takpe pasni saya fikirkan dorongan yang lain hiks
Dulu, kebanyakkan post saya memang seriously merapu gile. Malu pula bila baca balik. Terfikir  pulak 'Ish apa yang aku tulis ni, buka aib sendiri and orang lain pulak keje aku  mental!'  It's okaylah, saya dah delete entry lama-lama tu. Hish :( Design pula? Haaaaa takyah cakaplah, korang tau juga kan? Dengan template blogger skema  bagai, bacground rak buku koooot. HAHA. Rasa jealous bukan main lagi bila skodeng blog2 orang yang comel-comel kiut miut tu, ramai followers pulak tu! Gerammmm.
But now, dah hilang rasa jealous tengok blog orang lawa. Post merapu memang dah takde kot . HAHA (ke korang rasa entry ni merapu?) Kalau dulu saya asyik citer pasal benda-benda yang berlaku di sekiling saya, tapi sekarang saya lebih banyak luahkan pendapat dari otak dan perasaan dari hati, post tentang fakta atau bermaklumat (la sangat) I'm improving myself to be a better blogger that gives benefits to others. Design blog saya yang korang boleh nampak sekarang sebenarnya dah di-edit dari berat menjadi lebih ringan. Saya dah remove banyak props supaya nampak lebih kemas, biar readers lebih fokus kat entry kita dan tak terganggu oleh makhluk-makhluk terbang kat screen, benda goyang-goyang kat corner atau daun-daun yang berjatuhan dari header umpama musim luruh. Followers tak ramai takpe, janji diorang jejak kat blog ni dan sudi baca entry-entry saya. Tapi kalau korang follow, Alhamdulillah, saya follow back satgi ye hiks. 
Niat saya bukan nak menyinggung perasaan korang ye. Saya cuma nak cerita sikit je pasal cara saya berblogging ni. Kalau ada silap kat mana-mana, saya angkat jari-jemari dari keyboard ni, memohon maaf. If there's anything in your mind, do leave any comment. So that's all from me ♥ 
Hasta la vista baby! Asalamualaikum. 

Keep calm and blog


♥ Love, Autumn Zira ♥

Friday, May 22, 2015

Tipu - Lumrah Hidup?

Serik, serik! Serik dengan segala penipuan Tak kisah orang kata bohong sunat ke ape, memang takde maknanya. Kenapa harus berbohong? Adakah berbohong itu lebih senang berbanding berterus-terang atau memang dah jadi lumrah hidup? Grrr.
HONESTY IS VERY RARE NOWADAYS
Pernah terfikir tak kenapa diorang tipu kita? Ke tak pernah fikir langsung sebab hati membuak-buak dgn perasan marah jengjeng.Mungkin ada sesetengah menipu demi nak menjaga air muka, nak elak konflik & taknak cetuskan perang dunia. Tapi itu dalam hal persahabatan kot? 
Kalau tipu makbapak, maybe anak tu taknak parents kecewa atau nak elak dari kena bebel oleh mama tersayang. Tapi tak baik tipu org tua okay. Kalau tak dapat nak berterus terang, baik diaaaam je. Jangan menipu. Cing! 
Kalau tipu dalam percintaan? Sehhhh cintan-cintun. Kalau nak tipu partner korang baik clash je la. Angan-angan setia bersama sampai ke jinjang pelamin bagai , takde maknanyaaaa kalau senyap-senyap texting dengan minah cun lain. Dah tu nak marah kalau partner sendiri texting ngan orang lain. Dia boleh pulak mesra2 ngan org lain ? Alasan : Lelaki boleh kahwin 4. NIAT TAK BETUL KOT? Mohon ke laut pasifik dan tenggelamkan diri anda! Bila orang tanya :"Hi text ngan orang lain ke?" , jawab je lah "Ye,". Pastu kita boleh lah dengan senang hati text ngan abam-abam lain juga. Adil tak? Hee!

Ingat, kesabaran itu ada tahapnya dan tahap saya pula dah sampai 97% ni. Lagi 3% lagi memang hasta la vista baby
awaa. saia ta kuad. hmm ngade.
Jangan tipu, jangan bohong, jangan berdusta. Kalau nak aniaya perasaan orang, baik buat sama-sama. Apa yang awak buat, biar saya pun buat benda yang sama. Biar masing-masing buat sakit hati, kan adil macam tu? Ini dia sendiri je nak syok sendiri. 
"Sekadar kawan" , "Tak pernah jumpa," , "Untuk suka-suka saja" , "Tiada niat lain," , "Hanya kau sorang," . Eh familiar ke cover lines ni? 
Kalau tak dapat nak bersikap jujur, baik buat senyap.  
p/s : Maaf. Mood admin agak boiling time tgh type entry ni. HAH.

♥ Love, Autumn Zira ♥

Monday, May 4, 2015

Game Dalam Phone Autumn Zira

Catchy tak title post ni? *wink*
Entry kali ni saya nak share dengan you all app games yang ada dalam fon saya. Fon saya model ape? Asus Zenfone 5 je. Internal storage 16GB, RAM 2GB dengan harga RM500++ (with GST dan after nego teeheee) . Setakat ni, sy memang berpuas hati dengan fon ni sebab tak lag main game. (but please make sure your powerbank is always with you! haha). Okay lets go straight to the point~

1. Clash of Clans. bahaha! Town Hall 8 je. Haih punya lama nak siap upgrade TH tu. Game ni perlu sy explain kat korang ke? hihi.

2. Dumb Ways to Die. Game ni comel okay! Tak perlu internet. Main je bila-bila masa. Kat tandas ke, kelas ke~ Kadang2 menguji kesabaran juga game ni grrrr~

3. Dumb Ways to Die 2. Yang ini lagi best! Tema lebih kepada risiko2 yang boleh terjadi dalam sukan. Addicting time-wasting game :P

4. Mandora. Super duper cute. Kalau kita petik drg, bunyi drg sangat comel "Aieeee~!" cengitu hahaha. Kalau main kat kelas, kawan asyik tanya game apa yg bunyi kiut miut tu, so sy jawab je la "game cabut ubi" (ehh?). Tapi nak download game ni makesure guna wifi, kalau tak pun quota kena banyak :P korang boleh main Mandora tanpa internet , kalau nk internet pun boleh juga :D

5. Full of Music. Sy suka main game tekan-tekan cenggini, rhythmic game. Kalau kat kelas takde lecturer and sy takde mood nak study (CEHH), mainlah benda alah ni. tak pakai internet pon ;D

6. Piano Master . Tak reti nak main piano sebenar? Its okay, its fine, Piano Master ada utk you all! Hahaha. Sy suka sangat piano tapi unfortunately tak reti nak main, dah tu note music pun hampeh tak pandai baca. So untuk memuaskan keinginan hati, sy download la piano master ni. Ada 2 version, satu free dan satu lagi berbayar. Saya install version berbayar, RM7 lebih, sebab pilihan lagu lagi banyak hihi. 

7. Guess the Emoji . Siapa yg suka main game uji otak, boleh try app ni. Kalau tak tau jawapan, search je kat Google. Hahaha! Nampak sangat kelembapan otak kat situ -.-


8. Asphalt 8: Airborne. Vrooomm! Okay seriously sy memang suka game racing. Game je tau, not in real life. bukannya i ade lesen pon. oopss hehe. 3D graphic. Nice!

9. Monument Valley. I personally love this game so much! strategy-based game and quite hypnotic. Tak nak spoil sangat, korang install pastu main baru faham. Hee. Tapi game ni berbayar, RM13. HAHA!


Soooo tu je laaaa game2 yg ada kat phone sy ni. Semua tak pakai internet, kecuali Clash of Clans. Perkongsian ni bermanfaat tak? Eehee. Okay so that's all and happy gaming!
♥ Love, Autumn Zira ♥

Friday, May 1, 2015

Be Thankful







People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person. When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed.

They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be.

Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away. Sometimes they act up and force you to take a stand.

Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn. They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy. Believe it, it is real. But only for a season.


LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation. Your job is to accept the lesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life.
So be thankful for the people that became parts of your life. 
I'm thankful for the love that my parent poured on me, for the friends that never forget me and for the man that accepts me for who I am. These people made my life seemed bright and right. Alhamdulillah, thank You Allah for the life You gave me. Devoted my whole life to become a better human, InsyaAllah. 

♥ Love, Autumn Zira ♥

 
Alright reserved by Azirah Jaini.