Thursday, May 28, 2015

The Things About Blog

hooman. wai.
Korang masih ingat tak mula-mula start main blog ni? Mesti entry yang korang post time tu nampak macam merapu je atau agak, kong, kan? Atau mungkin dulu, design blog korang agak kaku dan suram? Maybe terasa sedih tengok followers ciput je, tak macam blog mewah yang lain beribu-ribu followers.
Saya terfikir ' kenapa saya ada blog ni? nak buat ape? ' . Kembali ke tahun 2010, mungkin time tu inspirasi untuk buat blog melimpah ruah kot tapi sekarang saya dah tak ingat apa yang menjadi dorongan saya utk terjebak dalam dunia blog ni. Tup-tup dah macam ni, saya "wujudkan" dorongan yang barulah! Dorongan macam mana? Dorongan nak jadi blogger yang memberi manfaat untuk orang lain. Dorongan nak membina silahturahim dengan orang lain secara online, dan.. okay takpe pasni saya fikirkan dorongan yang lain hiks
Dulu, kebanyakkan post saya memang seriously merapu gile. Malu pula bila baca balik. Terfikir  pulak 'Ish apa yang aku tulis ni, buka aib sendiri and orang lain pulak keje aku  mental!'  It's okaylah, saya dah delete entry lama-lama tu. Hish :( Design pula? Haaaaa takyah cakaplah, korang tau juga kan? Dengan template blogger skema  bagai, bacground rak buku koooot. HAHA. Rasa jealous bukan main lagi bila skodeng blog2 orang yang comel-comel kiut miut tu, ramai followers pulak tu! Gerammmm.
But now, dah hilang rasa jealous tengok blog orang lawa. Post merapu memang dah takde kot . HAHA (ke korang rasa entry ni merapu?) Kalau dulu saya asyik citer pasal benda-benda yang berlaku di sekiling saya, tapi sekarang saya lebih banyak luahkan pendapat dari otak dan perasaan dari hati, post tentang fakta atau bermaklumat (la sangat) I'm improving myself to be a better blogger that gives benefits to others. Design blog saya yang korang boleh nampak sekarang sebenarnya dah di-edit dari berat menjadi lebih ringan. Saya dah remove banyak props supaya nampak lebih kemas, biar readers lebih fokus kat entry kita dan tak terganggu oleh makhluk-makhluk terbang kat screen, benda goyang-goyang kat corner atau daun-daun yang berjatuhan dari header umpama musim luruh. Followers tak ramai takpe, janji diorang jejak kat blog ni dan sudi baca entry-entry saya. Tapi kalau korang follow, Alhamdulillah, saya follow back satgi ye hiks. 
Niat saya bukan nak menyinggung perasaan korang ye. Saya cuma nak cerita sikit je pasal cara saya berblogging ni. Kalau ada silap kat mana-mana, saya angkat jari-jemari dari keyboard ni, memohon maaf. If there's anything in your mind, do leave any comment. So that's all from me ♥ 
Hasta la vista baby! Asalamualaikum. 

Keep calm and blog


♥ Love, Autumn Zira ♥

2 comments:

  1. Bila saya baca balik entry saya yang lama-lama, saya terfikir. Kenapa saya tulis macam tu erk? Buat malu jer. Hahah.

    ReplyDelete
  2. Entry first dah di draft kan, tak delete. supaya saya tak lupa hari jadi blog. kekeke. entry tu sebenarnya tak merapu, cuma melalut je (introduced blog katanya). :D :D

    ReplyDelete

 
Alright reserved by Azirah Jaini.