Tuesday, July 18, 2017

Senang Ke Memandu?

Orang :" Eh cuti ni kau buat apa je?"
Zira :" Belajar driving"
Orang :" Kau tak reti driving pulak ke? Ingatkan kau dah ada lesen." 
Umur 23 baru nak ambik lesen padahal rakan sebaya lain mostly dah ada lesen driving sobs. But it's okay, it's fine. At least sekarang ada masa nak belajar driving before dapat posting entah kat mana maybe around bulan September ni. Posting for what? Actually I baru je habis study Diploma Farmasi kat Ipoh, so now tengah tunggu penempatan lah somewhere in Canada Malaysia.

Sebenarnya I berniat nak ambik lesen kereta untuk auto je sebab I rasa manual car is so difficult to drive. Otak I ni bukan jenis multi-tasking sangat especially kalau nak handle machine. Woooo payahhhhh. Tapi memandangkan ada driving centre ni offer RM1,300 untuk belajar manual car (I stay Sabah) , rasanya lagi jimat kot daripada auto. I fikir tak rugi la belajar drive manual kan? Lagipun belajar manual ni untuk dapatkan lesen je, bila dah dapat lesen, beli kereta auto. Koh koh koh,

Sekarang ini I dah masuk sesi KPP3, yang belajar bawa kereta kat jalan raya sebenar. My KPP2 (belajar kat litar) tu agak struggle sikit. I don't know la kereta tu yang bermasalah atau I ni lemah sangat tak dapat nak turunkan handbreak  time kat bukit. Keras nak matey kot handbreak tu sampai terundur kereta sebab fokus I kat handbreak semata-mata, kaki kat pedals2 sekalian ke laut china selatan zzzzzz. But after few practice, I improved a bit lahh. Alhamdulillah. Fokus sekarang kat jalan raya sebenar. Nak belajar cara kawalan stereng, tukar gear and all those thing la yang sewaktu dengannya. Syukurlah dapat instructor yang sporting dan SANGAT penuh dengan kesabaran sepanjang I jadi student dia :'( 

I masih ada baki 4 jam untuk KPP3. After habis KPP3 pulak, nak fokus untuk QTI. I tak tau QTI tu amende tapi yang pasti dia untuk test kita samaada kita layak untuk menjalani test JPJ ke tak. Kalau QTI passed, bolehlah masuk test JPJ pulak. So when test JPJ lulus , lesen P dalam genggaman yaw! Tak sabar wei nak habiskan semua ni. Yeap, nak drive naik sampai puncak Gunung Kinabalu. Kau hado? Okay sorry merapu.

Selama ni I asyik dengar kawan-kawan merungut malas nak driving la , penat lah. Kadang-kadang terfikir jugak, kan best boleh driving. You can go anywhere if you can drive. Super convenient. Kenapa diorang nak mengeluh pula kalau orang suruh bawa kereta.?? BUT NOW, I dah faham perasaan dan segala keluhan mereka yang reti driving ni HAHAHA. Time belajar driving tu, hak aduhhhh letih gila nak mampos. lebih-lebih lagi kalau jalan jammed, hujan lebat, pastu ada pulak pemandu yang agak kurang pandai tak reti bagi signal nak masuk line. Wehhhh guys, pedih gila hati. I mampu ber-huhuhu je la. To all drivers out there, hats off. Bravo. Drive elok-elok okay semuanya.

You all doakan segala urusan I ni dipermudahkan lah ea. Semoga Azirah lulus ujian JPJ , dapat Lesen P dan menjadi pemandu yang berhemah serta disegani ramai. Aamiin. 
Chewaaah.

Thank you mom for giving me full supports mentally and financially to get through all this.
And thank you to Mr. Jerry D. Wong as my dedicated driving instructor that helped me to get my license ASAP.   
  Hari hujan takda orang nak datang belajar driving kecuali I. hamboih tengok lah kesungguhan I olls. This whole track is mine! Hua hua

♥ Love, Autumn Zira ♥

11 comments:

  1. Driving kereta manual memang susah especially untuk yang tak berapa nak reti multitasking. Sama laa macam saya haha. Paling teruk, selalu lupa tengah pakai gear berapa sebab duk fokus kat jalan depan lol.

    ReplyDelete
  2. I drive auto since my high school years (hehehehe I drive illegally years back then) so I took auto license which costs me RM 1.5k *cry* but it is worth since I passed all the tests easily. & yes, I love to drive sangat2 before I got my license but after dapat lesen, I AM SO MALAS TO EVEN SEE THE CAR xD

    My driving teacher was very sporting because he trusted me a lot that I can drive so he let me to drive at any speed I want on the road. Dia tak marah lansung. Hahahaha that was funneh

    & I just renewed my license baru ni, I'm done with P!!!

    Dont worry, you'll get your license soon. InsyaAllah everything will be at ease

    ReplyDelete
  3. Good luck ye. Senang je Tu yg penting keinginan

    ReplyDelete
  4. Good luck zyraa for your posting and driving class.. auto senang sikit dari manual tapi saya selalu gagal kawal minyak bile bawk auto >.< . tak pe laa.. asalkan ade keinginan nak belajar.

    saya pun dulu belajar kat perak tapi kat bota :D

    ReplyDelete
  5. gudluck .. May Allah ease everything

    ReplyDelete
  6. Good luck. I still yet to have my license walaupun umur dah 20+

    ReplyDelete
  7. goodluck zira, saya pun belum dapat lesen lagi, sebab takut rasanya nak drive haha

    ReplyDelete
  8. don't worry.. i'm 25 and i still have no car driving license.. hahaha

    ReplyDelete
  9. wau manual! haha teringat dulu zaman ai memang wajib manual tapi of course sekarang dah lupa. jangan kata manual, auto pun tak biasa bawa sekarang

    ReplyDelete
  10. goodluck sis! :) http://sayesyadiya.blogspot.my/

    ReplyDelete

 
Alright reserved by Azirah Jaini.